PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA & JUALAN CERMIN MATA RAHMAH BERJAYA DIJAYAKAN.
NADI Felda Bukit Aping Barat telah berjaya menjalankan Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Jualan Cermin Mata Rahmah pada 23 September 2025 (Selasa) bertempat di premis NADI. Program ini telah berlangsung dengan lancar dari jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang dan menerima kehadiran yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
Antara pengisian program adalah:
- Pemeriksaan mata percuma untuk semua lapisan umur.
- Pemeriksaan tekanan darah, BMI dan kolesterol secara percuma.
- Pemberian minuman kesihatan percuma khusus untuk penghidap diabetes dan darah tinggi.
- Jualan cermin mata Rahmah bermula dari harga RM58, dengan pelbagai pilihan berkualiti dan bergaya.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan kepada penduduk setempat, malah turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan mata dan gaya hidup sihat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ramai yang mengambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan serta cermin mata pada harga mampu milik.
Pihak pengurusan NADI merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan hadir, serta berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti.