mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 | KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN : HASLEN BINTI KOSNIN@SARKON

USAHAWAN 2
NAMA : HASLEN BINTI KOSNIN@SARKON
UMUR : 48 TAHUN
KEAHLIAN : 23 JULAI 2025

LATAR BELAKANG
Puan Haslen binti Kosnin @ Sarkon merupakan seorang suri rumah berusia 48 tahun yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang makanan. Beliau menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih-muih, roti sandwich, nasi lemak dan juadah harian lain yang mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat. Walaupun bermula secara sederhana, beliau sentiasa menunjukkan minat mendalam untuk memperkasa ilmu keusahawanan. Puan Haslen sangat rajin menyertai pelbagai program keusahawanan anjuran Perkhidmatan Pintar (Smart Service) khususnya program eKelas di NADI Felda Bukit Aping Barat.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Bersama NADI:

  • Menjalankan perniagaan secara manual dan tradisional tanpa penggunaan media sosial atau platform digital.
  • Jualan hanya tertumpu kepada pelanggan sekitar kawasan kediaman dan secara walk-in.
  • Tidak memiliki kemahiran ICT untuk menghasilkan bahan promosi atau menjalankan pemasaran secara atas talian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Bersama NADI:

  • Mula memanfaatkan ilmu yang diperoleh melalui e-Kelas dan program keusahawanan NADI.
  • Dapat menghasilkan poster promosi dan berkongsi produk jualan melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook.
  • Jualan semakin berkembang dengan penerimaan tempahan dari luar kawasan.
  • Meningkatkan keyakinan diri untuk terus meluaskan perniagaan secara lebih tersusun dan moden.