SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI 2025 BERJAYA DIJAYAKAN
NADI Felda Bukit Aping Barat telah berjaya melaksanakan program Merdeka & Hari Malaysia pada 7 September 2025 (Ahad) bertempat di premis NADI. Program ini telah berlangsung dengan lancar dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan menerima kehadiran yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
Antara pengisian program termasuk:
- Pendaftaran ahli dan saringan kesihatan percuma
- Pertandingan Mewarna (6 Tahun)
- Pertandingan Mahir Masak: Dekorasi Kek Merdeka
- Pertandingan E-Sukan: Mobile Legends Bang Bang
Pihak pengurusan NADI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, pengunjung serta rakan strategik yang turut menjayakan program ini.
Semoga semangat patriotisme dan perpaduan yang dipupuk menerusi program ini akan terus disemai dalam kalangan komuniti.
#NADIMCMC #MerdekaDiNADI #NADIFeldaBukitApingBarat

