| TARIKH & HARI : | 18 OKTOBER 2025 (SABTU) |
| MASA : | 11:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI : | NADI FELDA BUKIT APING BARAT |
| PESERTA : | 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja berusia 13 tahun ke atas mengenai ancaman penipuan yang berlaku semasa melakukan pembelian dalam talian. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan taktik dan modus operandi yang sering digunakan oleh scammer bagi memperdaya mangsa.
Selain itu, program ini membantu pengguna mengenal pasti laman web atau iklan palsu, serta memberi panduan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan transaksi atas talian. Ia juga menggalakkan golongan remaja menggunakan platform yang sah dan dipercayai bagi mengelakkan kerugian kewangan serta penyalahgunaan maklumat peribadi.
Aktiviti
- Pameran InfoGrafik & Poster : Paparan kes-kes sebenar dan tip keselamatan pembelian dalam talian.
- Demo “Scam Alert : Tayangan video atau simulasi cara penipu memperdaya mangsa.
- Sesi Perkongsian Mangsa : Jemput individu yang pernah menjadi mangsa untuk berkongsi pengalaman.
- Pertandingan Poster Digital / TikTok Kesedaran : Galakkan peserta cipta kandungan kreatif bertema “Hati-Hati Beli Online”.
- Kuiz Interaktif : Soalan berkaitan cara elak ditipu dan kenal pasti iklan mencurigakan.