mcmc
Laporan Aktiviti

OGOS 2025 | WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT : KLIK DENGAN HATI, BUKAN BENCI ! πŸ“’πŸ“² & LAWAN BERITA PALSU ! βŒπŸ“°

TARIKH & HARI :16 OGOS 2025 ( SABTU )
MASA :10:00 AM – 12:00 PM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :14 ORANG

Tujuan

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada golongan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan kategori remaja berusia 13 tahun dan keatas mengenai mengenai kepentingan menggunakan internet secara beretika, selamat dan bertanggungjawab. Ia juga memberi pendedahan tentang bahaya penyebaran kebencian serta berita palsu dalam talian, selain menggalakkan amalan klik yang berinformasi, bijak dan berhemah demi mewujudkan komuniti digital yang positif dan harmoni.

Aktiviti

  • Sesi Kesedaran Siber: Penerangan mengenai etika dan keselamatan ketika melayari internet.
  • Kenali Berita Palsu: Panduan mengenal pasti berita palsu dan cara mengesahkan maklumat.
  • Klik dengan Hati: Perkongsian kesan negatif ucapan kebencian serta cara mencegahnya.
  • Kuiz Interaktif: Uji minda peserta berkaitan internet selamat dan maklumat palsu.
  • Sesi Soal Jawab: Ruang untuk peserta bertanya dan berkongsi pengalaman berkaitan keselamatan digital.