mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025 | NADI X CYBERSECURITY : PERMULAAN DI UNIVERSITI, MASA DEPAN DI SIBER SEKURITI!

TARIKH & HARI :6 NOVEMBER 2025 (KHAMIS)
MASA :3:00 PM – 4:30 PM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :3 ORANG

TUJUAN
Program “Permulaan di Universiti, Masa Depan di Siber Sekuriti!” adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar universiti mengenai bidang keselamatan siber yang kian penting dalam era digital. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber serta kepentingan perlindungan data peribadi dan organisasi. Selain itu, ia juga membuka peluang kepada pelajar untuk memahami potensi kerjaya dalam bidang siber sekuriti, di samping membina asas kemahiran teknikal, pemikiran analitik dan keupayaan menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan digital secara beretika dan profesional.

AKTIVITI

  • Taklimat dan forum bersama pakar industri keselamatan siber.
  • Bengkel asas keselamatan rangkaian dan pengurusan risiko digital.
  • Simulasi serangan siber dan pertahanan (Cyber Drill).
  • Sesi perkongsian alumni dalam bidang siber.
  • Pertandingan kuiz atau Capture The Flag (CTF) peringkat asas.