| TARIKH & HARI : | 18 NOVEMBER 2025 (SELASA) |
| MASA : | 2:00 PM – 3:00 PM |
| LOKASI : | NADI FELDA BUKIT APING BARAT |
| PESERTA : | 2 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai konsep dan teknik komunikasi visual yang efektif, terutamanya dalam penyampaian mesej melalui grafik, warna, tipografi dan susun atur. Ia juga bertujuan untuk membantu peserta mengaplikasikan elemen visual dalam platform digital seperti media sosial, pembentangan dan bahan promosi agar lebih menarik, jelas dan berkesan.
AKTIVITI
- Pengenalan kepada konsep asas komunikasi visual.
- Bengkel rekaan asas menggunakan alat grafik percuma (seperti Canva).
- Latihan memilih warna, fon, dan imej yang sesuai untuk tujuan tertentu.
- Aktiviti mencipta poster atau grafik ringkas mengikut tema.
- Sesi penilaian dan perkongsian hasil kerja peserta.