| TARIKH & HARI : | 07 MAC 2026 (SABTU) |
| MASA : | 10.00 AM – 11.00 AM |
| LOKASI : | NADI FELDA BUKIT APING BARAT |
| PESERTA : | 5 0RANG |
TUJUAN
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berkomunikasi secara berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan internet. Melalui kempen ini, peserta didedahkan kepada konsep Keselamatan Siber dan kepentingan mengamalkan etika komunikasi yang baik di media sosial serta platform dalam talian. Selain itu, kempen ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya masalah seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu dan penggunaan bahasa yang tidak sopan di alam maya. Dengan pendedahan ini, peserta diharapkan dapat membina sikap saling menghormati, berfikir sebelum berkongsi maklumat dan menggunakan internet secara positif serta selamat.
AKTIVITI
- Taklimat Internet Selamat
Fasilitator memberi penerangan mengenai penggunaan internet secara beretika serta kepentingan menjaga tingkah laku ketika berkomunikasi dalam talian. - Tayangan Video Kesedaran
Peserta menonton video berkaitan komunikasi sihat di internet dan kesan negatif seperti buli siber. - Aktiviti Role Play
Peserta melakukan lakonan situasi komunikasi di alam siber untuk memahami cara bertindak secara positif dan berhemah. - Kuiz Kesedaran Internet Selamat
Sesi kuiz dijalankan bagi menguji kefahaman peserta mengenai amalan komunikasi sihat dan keselamatan semasa menggunakan internet.