mcmc
Laporan Aktiviti

MAC 2026 | NADI X CYBERSECURITY : BAHAYA SERANGAN MALWARE

TARIKH & HARI :05 MAC 2026 (KHAMIS)
MASA :2.00 PM – 3.30 PM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :2 ORANG

TUJUAN

Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang bahaya serangan Malware serta kesannya terhadap keselamatan data dan peranti. Melalui aktiviti ini, peserta dapat memahami maksud malware, jenis-jenis ancaman seperti virus, trojan dan ransomware, serta cara serangan tersebut boleh merosakkan sistem komputer atau mencuri maklumat peribadi. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet, membuka emel yang tidak dikenali dan memuat turun fail daripada sumber yang tidak dipercayai. Dengan pengetahuan ini, pengguna diharapkan dapat mengambil langkah pencegahan yang betul untuk melindungi peranti dan maklumat peribadi daripada ancaman siber.

AKTIVITI

  1. Penerangan / Taklimat
    Penceramah menerangkan maksud malware, contoh jenis seperti virus, trojan, spyware dan ransomware serta kesannya kepada komputer dan telefon.
  2. Tayangan Video Kesedaran
    Menonton video pendek tentang bagaimana malware boleh menyerang peranti dan mencuri data pengguna.
  3. Demonstrasi Keselamatan
    Menunjukkan cara mengesan fail mencurigakan, menggunakan antivirus, dan mengemas kini sistem keselamatan.
  4. Kuiz / Soal Jawab
    Menguji kefahaman peserta tentang bahaya malware dan langkah pencegahan.