mcmc
GaleriLaporan Aktiviti

LAPORAN PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND BANG BANG SIRI KEDUA PERINGKAT NADI

TARIKH: 16 FEBUARI 2025

MASA: 3.00 – 6.00 PETANG

LOKASI: NASI FELDA BUKIT APING BARAT

FORMAT/KAEDAH PERTANDINGAN :

KAEDAH PERMAINAN PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG SECARA BERKUMPULAN
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) 5v5 yang dimainkan secara berkumpulan. Dalam pertandingan rasmi, terdapat beberapa kaedah dan peraturan yang perlu dipatuhi.

  1. FORMAT PERMAINAN
    Mod Permainan: Custom Mode – Draft Pick
    Jenis Pertandingan:
    Kalah Mati: Pasukan yang menang akan berlawan dengan pasukan satu lagi yang menang. Pasukan yang kalah akan berlawan dengan pasukan yang kalah. Durasi Permainan adalah fleksible sehingga ada keputusan.
  2. STRUKTUR PASUKAN
    Setiap pasukan terdiri daripada:
    5 pemain utama
    1 pemain simpanan
  3. PERANAN PEMAIN DALAM PASUKAN
    Setiap pemain mempunyai peranan tersendiri, antaranya:
    EXP Laner – Mengawal laluan EXP Lane dan bertarung satu lawan satu.
    Gold Laner – Mengawal Gold Lane dan mendapatkan emas untuk membeli item lebih cepat.
    Midlaner (Mage/Support) – Mengawal laluan tengah dan membantu pasukan dengan serangan atau sokongan.
    Jungler – Mengawal hutan, mendapatkan buff, serta mengawal objektif seperti Turtle dan Lord.
    Roamer/Tank – Melindungi pasukan, membuka peta, dan mengawal pergerakan musuh.
  4. CARA MENANG PERLAWANAN
    Untuk menang, pasukan perlu:
  5. Memusnahkan semua turret musuh dan menara utama (Base).
  6. Mengawal objektif utama seperti Turtle dan Lord untuk mendapatkan kelebihan dalam permainan.
  7. Menggunakan strategi yang baik, termasuk komunikasi dan pembahagian tugas dalam pasukan.
  8. PERATURAN AM PERTANDINGAN
    i. Pemain mesti berada di tempat yang ditetapkan sebelum perlawanan bermula.
    ii. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang perisian haram atau ‘cheat’.
    iii. Jika berlaku masalah teknikal, perlawanan boleh dihentikan sementara bergantung kepada keputusan pengadil.
    iv. Pemain harus menghormati lawan dan bermain secara profesional.

KESIMPULAN
Dalam pertandingan MLBB secara berkumpulan, pasukan perlu mempunyai strategi yang baik, komunikasi yang jelas, serta kemahiran individu yang tinggi untuk mencapai kemenangan. Selain daripada kemahiran bermain, pemilihan hero dan kerja berpasukan adalah kunci utama kejayaan.