|
Nama : Siti Zuraidah Binti Ishak Umur : 35 Tahun Ahli : 2019 |
LATAR BELAKANG
|
Pn. Zuraidah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menjadi stokis produk kecantikan dan kesihatan untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan. Beliau aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan |
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan bersama PI, Pn. Zuraidah tidak tahu cara untuk mewujudkan kedai dalam talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas Latihan Keusahawanan: Kedai Dalam Talian dan kelas Dashboard Komuniti: My Shop telah berjaya membantu Pn. Zuraidah mewujudkan kedai dalam talian sekali gus memperluaskan pasaran perniagaannya. Jualan kedai beliau meningkat apabila pengguna mengetahui produk-produk yang diiklankan secara dalam talian. Selain itu, beliau juga berjaya meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.