mcmc
Laporan Aktiviti

JANUARI 2026 |  NADI X KIDVENTURE : BUSINESS IDEA & MINI BUSINESS

TARIKH & HARI :10 JANUARY 2026 (SABTU)
MASA :10:00 AM – 11:00 AM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :3 ORANG

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas keusahawanan kepada kanak-kanak dan remaja melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Program ini memberi pendedahan awal tentang dunia perniagaan dengan cara yang menyeronokkan, kreatif dan praktikal, selari dengan perkembangan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, komunikasi, kreativiti dan kerjasama.

Selain itu, program ini membantu membina keyakinan diri, sikap berdikari serta nilai tanggungjawab dalam kalangan peserta melalui aktiviti simulasi dan pengurusan mini perniagaan.

AKTIVITI

  1. Pengenalan Idea Perniagaan
    – Penerokaan konsep asas perniagaan.
    – Latihan menjana idea kreatif dan inovatif.
    – Pengenalan kepada produk dan perkhidmatan.
  2. Perancangan Mini Perniagaan
    – Pemilihan idea perniagaan terbaik.
    – Asas pengurusan kos dan harga.
    – Pembahagian peranan dalam kumpulan.
  3. Pembangunan Produk & Perkhidmatan
    – Rekabentuk produk / perkhidmatan.
    – Penyediaan bahan dan pembungkusan ringkas.
    – Penekanan nilai kreativiti dan kualiti.
  4. Aktiviti Jualan & Pemasaran
    – Simulasi jualan atau jualan sebenar berskala kecil.
    – Latihan komunikasi dan khidmat pelanggan.
    – Asas promosi dan pemasaran mudah.