| TARIKH & HARI : | 09 JANUARI 2026 ( JUMAAT ) |
| MASA : | 11.00AM – 11.30AM |
| LOKASI : | NADI FELDA BUKIT APING BARAT |
| PESERTA : | 4 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada belia dan komuniti mengenai industri e-sukan sebagai satu bidang yang berpotensi dan berstruktur, bukan sekadar aktiviti hiburan semata-mata. Program ini membantu peserta memahami ekosistem e-sukan yang merangkumi aspek latihan, disiplin, pengurusan pasukan, etika pemain serta peluang kerjaya dalam industri e-sukan.
Selain itu, program ini bertujuan membentuk sikap profesional, semangat kesukanan dan pengurusan masa yang baik dalam kalangan pemain e-sukan agar mereka dapat mengimbangi minat, pembelajaran dan pembangunan diri secara sihat dan beretika.
AKTIVITI
- Pengenalan Industri E-Sukan
– Sejarah dan perkembangan e-sukan
– Peranan dan struktur dalam pasukan e-sukan
– Pengenalan kejohanan dan liga e-sukan
2.Daripada Hobi ke Kompetitif
– Perbezaan permainan kasual dan kompetitif
– Disiplin, latihan dan komitmen pemain
– Etika, sportsmanship dan kawalan emosi
3.Asas Pembentukan Pasukan & Strategi
– Peranan pemain dalam pasukan
– Asas komunikasi dan strategi permainan
– Kepentingan kerja berpasukan
4. Latihan & Simulasi Permainan
– Latihan asas mengikut format kompetitif
– Simulasi perlawanan berstruktur
– Penilaian prestasi dan maklum balas