| TARIKH & HARI : | 05 FEBRUARI 2026 (KHAMIS) |
| MASA : | 10:00 AM – 11:00 AM |
| LOKASI : | NADI FELDA BUKIT APING BARAT |
| PESERTA : | 4 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan pemasaran digital serta kaedah mengukur keberkesanan kempen melalui penggunaan data dan analitik. E-kelas ini membantu peserta memahami KPI pemasaran digital dan seterusnya membuat keputusan pemasaran yang lebih tepat dan berkesan.
AKTIVITI
1. Pengenalan & Taklimat Interaktif
– Penerangan konsep pemasaran digital dan kepentingan pengukuran keberkesanan.
– Sesi soal jawab secara langsung bersama peserta.
2. Penerokaan Saluran Pemasaran Digital
– Perbincangan mengenai media sosial, laman web, e-mel dan iklan digital.
– Contoh kes sebenar (case study) kempen pemasaran digital.
3. Pengenalan KPI & Metrik Digital
– Aktiviti mengenal pasti KPI yang sesuai mengikut objektif perniagaan.
– Latihan memadankan metrik dengan saluran pemasaran yang betul.
4. Demonstrasi Alat Analitik
– Demonstrasi penggunaan Google Analytics / Meta Business Suite.
– Analisis data asas seperti trafik, kadar penukaran dan engagement.
5. Penilaian & Refleksi
– Kuiz dalam talian untuk menguji kefahaman peserta.
– Rumusan pembelajaran dan cadangan penambahbaikan strategi pemasaran digital.