mcmc
Laporan Aktiviti

DECEMBER 2025 | NADI X CYBERSECURITY : ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI, APA YANG PERLU ANDA TAHU

TARIKH & HARI :4 DECEMBER 2025 (KHAMIS)
MASA :3:00 PM – 4:30 PM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :3 ORANG

TUJUAN

Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya dan ancaman kamera tersembunyi yang boleh mengganggu privasi serta keselamatan individu di tempat awam atau persendirian. Ia juga bertujuan mendidik komuniti agar lebih peka terhadap teknik pemasangan kamera tersembunyi dan langkah pencegahan.

AKTIVITI

  • Taklimat Kesedaran – Penerangan tentang jenis-jenis kamera tersembunyi dan lokasi biasa ia dipasang.
  • Demo Pengesanan Kamera – Demonstrasi menggunakan peranti atau aplikasi pengesan kamera tersembunyi.
  • Simulasi Kawasan Risiko – Pameran replika bilik yang menunjukkan lokasi berisiko kamera disorokkan.
  • Kuiz Interaktif/Kahoot – Uji pengetahuan peserta tentang keselamatan privasi dan pencegahan
  • Edaran Infografik & Risalah – Memberikan bahan rujukan untuk tindakan pencegahan di rumah atau ketika melancong.