mcmc
Laporan Aktiviti

SEPTEMBER 2025 | WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT : PENIPUAN CINTA πŸ’”πŸ“²

TARIKH & HARI :17 SEPTEMBER 2025 ( RABU )
MASA :10:00 AM – 11:00 AM
LOKASI :NADI FELDA BUKIT APING BARAT
PESERTA :7 ORANG

TUJUAN

Kempen Internet Selamat bertemakan Penipuan Cinta telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang taktik penipuan dalam talian yang melibatkan hubungan palsu dan emosi. Melalui ceramah, tayangan video, dan perkongsian kes sebenar, peserta didedahkan kepada modus operandi scammer cinta yang sering menyamar sebagai individu romantik untuk memperdaya mangsa. Kempen ini bertujuan melindungi pengguna internet daripada menjadi mangsa manipulasi emosi dan kerugian kewangan. Peserta turut diberi panduan mengenal pasti tanda-tanda penipuan serta langkah-langkah keselamatan semasa berkomunikasi dalam talian.

AKTIVITI

  • Ceramah Kesedaran : Memberi penerangan tentang modus operandi scam cinta.
  • Sesi Perkongsian Kisah Benar : Kongsi video/kisah benar mangsa penipuan cinta sebagai pengajaran kepada peserta.
  • Kuiz Interaktif β€œKenal Scam Cinta” : Soalan berasaskan situasi sebenar, bantu peserta kenal tanda-tanda scam.
  • Tayangan Video Kesedaran : Tayangan klip pendek dari SKMM, PDRM atau video tular berkaitan penipuan cinta.
  • Sesi Tanya Jawab Bersama Pakar : Peserta boleh ajukan soalan berkaitan scam, keselamatan data & media sosial.